a

Diskriminasi Harga

Diskriminasi Harga mengacu pada pengenaan harga berbeda untuk produk atau jasa yang sama, kepada kelompok pelanggan yang berbeda atau dalam pasar yang berbeda. Diskriminasi harga internasional disebut dumping. Dalam dumping, produsen menjual suatu komoditas lebih mahal di dalam negeri (yang kurva permintaan pasarnya kurang elastis) dibanding di luar negeri.

Diskriminasi Harga
1. Definisi diskriminasi harga:
Diskriminasi harga ialah perletakan harga yang berlainan bagi sejenis barang yang seragam (sama) di pasaran yang berlainan, walaupun kos mengeluarkan dan memasarkan barangan itu adalah sama bagi semua pasaran.

2. Syarat – syarat Kejayaan Diskriminasi Harga:
Untuk meneruskan amalan diskriminasi harga, syarat-syarat berikut hendaklah dipenuhi:

i.Sikap pengguna
Pembeli tidak peduli dengan perbezaan harga barang tersebut kerana beberapa sebab seperti layanan yang diterima lebih baik, jarak kedai dengan rumah yang lebih dekat, telah biasa dengan
kedai tersebut dan sebagainya.

ii. Pasaran hendaklah terpisah
Pasaran hendaklah dipisahkan supaya tidak berlaku perpindahan penjual dan pembeli di antara dua pasaran. Contohnya penjual dari pasaran barang yang murah harganya kepada pasaran barang yang mahal harganya dan sebaliknya.

iii. Barang tidak boleh dipindahkan.
Seseorang penjual yang membeli barang di pasar yang murah tidak boleh menjualnya semula di pasar yang mahal harganya ( arbitrage). Ini kerana harga barang di pasar yang murah tadi akan meningkat disebabkan kekurangan penawaran dan harga barang di pasar yang mahal akan berkurangan disebabkan
pertambahan penawaran Ini akan menyebabkan amalan diskriminasi harga tidak berjaya.

iv. Keadaan permintaan berbeda.
Keadaan pasaran mestilah dibedakan mengikut kebolehan untuk membayar atau keanjalan permintaan yang berlainan. Ini bermakna penjual di pasar yang permintaannya anjal boleh
menjual dengan harga yang lebih rendah manakala penjual dipasar yang permintaannya kurang anjal boleh menjual dengan harga yang lebih tinggi untuk menambahkan jumlah hasil.

v. Kas memisahkan pasaran tidak melebihi keuntungan.
Kos untuk memisahkan pasaran seperti kos pengangkutan, kos pengiklanan dan sebagainya mestilah kurang daripada keuntungan yang diperolehi.

vi. Penjual mestilah seorang monopoli.
Perletakan harga yang berlainan hanya boleh dilakukan apabila penjual itu mempunyai kuasa untuk menentukan harga barang.

3. Jenis-jenis Diskriminasi harga.
Ada tiga jenis diskriminasi harga 
i. Diskriminasi harga darjah pertama
Diskriminasi harga ini di kenali sebagai diskriminasi sempurna. Penjual akan mengenakan harga yang berlainan ke atas pengguna yang berlainan. Contohnya: perkhidmatan doktor akan mengenakan harga yang berlainan ke atas pengguna yang berlainan mengikut kemampuan.
ii. Diskriminasi harga darjah kedua.
Penjual akan mengenakan harga yang berlainan mengikut jumlah barang itu digunakan. Contohnya pengguna yang menggunakan tenaga elektrik dan air akan di kenakan kadar harga yang berlainan bagi blok tertentu penggunaan barangtersebut. Biasanya harga seunit adalah lebih rendah bagi blok tertentu penggunaan barang tersebut dan kadar harga akan menjadi lebih tinggi untuk blok kegunaan unit-unit tambahan.
iii. Diskriminasi harga darjah ketiga.
Diskriminasi harga ini di amalkan mengikut banyaknya barangakan dibeli apabila berlaku perubahan harga barang tersebut.(keanjalan permintaan). Jika permintaan barang adalah anjal
maka pengguna akan dikenakan dengan harga yang rendah dan sebaliknya jika keanjalan permintaan adalah tidak anjal maka pengguna akan dikenakan dengan harga yang tinggi. Contohnya kadar elektrik untuk kegunaan kediaman lebih tinggi daripada kegunaan perdagangan.

4. Bagaimana Monopolis Diskriminasi Harga Mencapai
Keseimbangan.
Monopolis akan mencapai keseimbangan apabila menjual barangnya di setiap pasaran sehingga hasil sut (MR) bagi setiap pasaran itu adalah sama dan monopolis akan mendapat untung
yang maksimum (MC=MR)

Jadual Hasil Sut Monopolis.
Dari jadual di atas, monopolis akan akan menjual 5 unit di pasar A dan 5 unit di pasar B kerana HS pasar A = HS pasar B. Harga yang dikenakan di pasar A ialah RM6.00 dan di pasar B ialah RM8.00.
Jumlah hasil yang di perolehi oleh monopolis di pasar A adalah RM30 (5 X RM6) dan di pasar B adalah RM40 (5 X RM8). Andaikan jumlah kos untuk mengeluarkan 10 unit barang tersebut adalah RM45. Oleh itu keuntungan yang diperolehi adalah:

Keuntungan = Jumlah hasil – Jumlah kos
= (RM30 + RM40) – RM45
= RM25.
Jika monopolis tidak mengamalkan diskriminasi harga dan menjual 10 unit barang
dengan harga RM5, maka keuntungan yang diperolehi adalah:

Keuntungan = (10 X RM5 ) – RM45
= RM5
Oleh itu diskriminasi harga telah menambahkan keuntungan sebanyak RM20 (RM25 –
RM5)
Secara gambarajah juga dapat ditunjukkan bagaimana monopolis diskriminasi harga mencapai keseimbangan. 
Monopolis diskriminasi harga akan mencapai keseimbangan apabila HS di pasar A = HS dipasar B. Kuantiti keseimbangan adalah OQ + OQ1 iaitu apabila HS = KS pada titik e. Harga barang di pasar A ialah OPo dan di pasar B ialah OP1. Jika monopolis menjual di pasar A sahaja atau di pasar B sahaja keuntungan adalah seperti kawasan yang dilorekkan (lebih kecil). Tetapi jika penjual menjalankan diskriminasi harga maka Keuntungannya seperti kawasan berlorek (lebih besar).
Artikel Menarik Lainnya
Copyright © 2012-2099 Contoh Artikel Berita - Template by Ardi Bloggerstranger. All rights reserved.