Kasih
dengarkan aku
aku merinduimu
tahukah kau getaran rasa di hatiku?
dapatkah kau merasakannya
panggilan rindu ini hanya untukmu
rintihan jiwaku yang sepi ini
dalam alunan melodi cinta
hati ini
tak pernah berhenti memanggil-manggilkan namamu
di manakah kau kini bersembunyi
tak kasihankah kau melihat aku begini
merayu merintih dalam rindu yang tak berpenghujung
letih jiwaku merana begini
datanglah
aku mohon padamu
dengarkan aku
sakit hati ini memendam rindu
tahukah kamu
tiap malam aku terjaga
kerana terlalu memikirkanmu...