Di sini telah ku tuliskan
Tentang cinta kita dan sketsa perjalanan
Namun cerita itu selalu tak pernah sempurna
Kerana jarak kita terlalu jauh
Dan angananku telah kutitipkan padamu
Kulayangkan bersama desiran sang bayu
Agar rindu kita akan menyatu
Dalam kenyataannya dan bukan khayalan semata
Masih aku ingat hari - hari yang berjalan
Yang kita iringinya dengan nafas terburu-buru
Sebagai tanda kita pernah bersama
Lalu kau kunjungi aku lewat sebuah mimpi yang indah
Aku terpana dibuai lena
Masihkah kau ingat?
Dulunya di sini kita masih mengayat - ayat mimpi
Dan waktu itu melayar sepi
Kita tak berani melawan atau berpaling
Kerana takut melukai awan
Sebenarnya rindu ini tak pernah lenyap
Malah merimbun minta berbalas
Hanya aku tak mampu membisikkan kata
Aku memiliki angan yang tak pernah bisa kau lihat
Kerana aku tak mahu asmara khayalan
Aku hanya ingin menyintaimu dengan sederhana
Kau tahukah?
Nurani didinding hatiku ini hampir retak
Dekaplah aku yang seeratnya
Jangan dilepaskan aku
Agar kita tak terpisahkan
Hanya kerana khayalan dan anganan...